Isnin, 10 Mac 2014

Program "MENTOR MENTE"



        Pada 01/03/2014 berlangsungnya program MENTOR MENTE bagi murid-murid Tahun 6. Antara tujuan program tersebut adalah murid-murid Tahun 6 telah dijadikan “Anak Angkat” oleh Guru – Guru yang terlibat.

NYDP PIBG En Hisyam Bakar menyampaikan ucapan pada majlis tersebut
Tn Guru Besar SRA Kg Delek menyampaikan ucapan pada majkis tersebut

Antara sebahagian rakaman gambar-gambar MENTE bersama MENTOR mereka.







Kepada semua "Mente" diucapkan selamat berjaya!!












Mesyuarat AJK PIBG 2014



Mesyuarat pertama AJK PIBG yang baru telah diadakan pada 23hb Februari 2014 di Bilik Mesyuarat SRA Kg Delek.

Tn Guru Besar Ustaz Mahmud bersama YDP PIBG En Aziz Badu dan NYDP En Hisyam Bakar

                    Barisan AJK PIBG bagi sesi 2014 -2016 bergambar selepas selesai mesyuarat



AJK PIBG amat mengalu-alukan semua ibu bapa untuk memberi sumbangan kepakaran secara sukarela melalui platform persatuan ini. Jika ada yang bersedia untuk menjadi ahli biro, sila hubungi ketua biro yang telah dilantik. Kami yakin setiap ibu bapa mempunyai kepakaran masing dapat kita sama-sama sumbangkan demi kejayaan anak-anak kita di SRA Kg Delek. 



Perlantikan Biro-biro AJK PIBG telah ditubuhkan untuk memastikan tumpuan secara khusus dapat diberikan kepada aspek-aspek utama yang berada di dalam bidang kuasa PIBG untuk membantu pihak sekolah


BIRO KOKURIKULUM
• Ketua : En Hisham Bakar
Setiausaha : Ustzh Zainab
AJK :

BIRO KEBAJIKAN & KESELAMATAN
• Ketua : Pn Hjh Zanariah Mohd Yusoff
Setiausaha : Ustzh Rohaizan
AJK : Pn Zariah Bt Idrus
        En Ahmad Marzuki Abdullah

BIRO IT/MULTIMEDIA
• Ketua : En Jefri Suratmin
Setiusaha : Usth Zaiton Husin
AJK : Pn Norila Mohd Saman
        En Jaafar

BIRO PEMBANGUNAN & KECERIAAN
• Ketua : En Mohd Yusuf Mohd Said
Setiausaha : Ustzh Siti Rosnani Basri
AJK : Ustzh Jamaliah  Hamzah
        En Jamali
        En Ali Awang

Diharapkan dengan tertubuhnya biro – biro seperti diatas dapat melancarkan segala aktiviti/program sepanjang tahun ini bersama pihak sekolah.





 

SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG Sek Ren Agama Kg Delek Klang, Selangor Darul Ehsan.








SALAM buat Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Kampung Delek Kanan.



Pembuka bicara kali ini, Mesyuarat Agung PIBG SRAKD bagi tahun 2014  telah berlangsung pada 09/02/2014. Seperti kelaziman, beberapa usul telah dilontarkan oleh Ibu Bapa pada mesyuarat tersebut serta pemilihan AJK yang baru bagi sesi 2014-2016 juga telah diadakan dan ucapan Tahniah kepada wakil-wakil Ibu Bapa yang telah dilantik. 


Peluang bagi setiap ahli PIBG mengenali antara satu sama lain dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat biasanya adalah SETAHUN SEKALI ketika mesyuarat agung tahunan.

Jawatankuasa PIBG SRAKD Klang sesi 2014/2016 berpendapat komunikasi antara semua ahli PIBG seharusnya lebih kerap.

Dengan itu, ahli jawatankuasa telah mengambil inisiatif melancarkan buletin bulanan SRA untuk memastikan komunikasi antara AJK dan semua ahli/ibu bapa sentiasa kekal aktif.