Isnin, 10 Mac 2014

SELAMAT DATANG KE BLOG PIBG Sek Ren Agama Kg Delek Klang, Selangor Darul Ehsan.








SALAM buat Ibu Bapa dan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Kampung Delek Kanan.



Pembuka bicara kali ini, Mesyuarat Agung PIBG SRAKD bagi tahun 2014  telah berlangsung pada 09/02/2014. Seperti kelaziman, beberapa usul telah dilontarkan oleh Ibu Bapa pada mesyuarat tersebut serta pemilihan AJK yang baru bagi sesi 2014-2016 juga telah diadakan dan ucapan Tahniah kepada wakil-wakil Ibu Bapa yang telah dilantik. 


Peluang bagi setiap ahli PIBG mengenali antara satu sama lain dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat biasanya adalah SETAHUN SEKALI ketika mesyuarat agung tahunan.

Jawatankuasa PIBG SRAKD Klang sesi 2014/2016 berpendapat komunikasi antara semua ahli PIBG seharusnya lebih kerap.

Dengan itu, ahli jawatankuasa telah mengambil inisiatif melancarkan buletin bulanan SRA untuk memastikan komunikasi antara AJK dan semua ahli/ibu bapa sentiasa kekal aktif.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan